| Utama | Post Baru | Kemaskini | Masuk | Keluar |

Saturday, June 12, 2010

Jasad anak dalam perigi

KOTA BHARU: Penemuan sepasang selipar berhampiran sebuah telaga di belakang rumah memberi petunjuk kepada seorang bapa untuk menemui jasad anak keempatnya yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Membatu, Ketereh, semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu disedari Abdul Deraman Mohamed, 59, selepas gagal mengesan anaknya, Mohd Sujairi, 27, yang sebelum itu kali terakhir dilihat di rumah bersama dua lagi anaknya sebelum dia ke rumah jiran yang mengadakan majlis kenduri kahwin.Sejurus selesai membantu jirannya, Abdul Deraman menjengah anaknya kerana tidak sedap hati dengan keadaan pemuda itu yang sebelum ini mengadu tidak sihat.

Disebabkan anaknya itu mengalami masalah tekanan perasaan dan bergantung kepada ubat, bapa kepada tujuh anak itu bergegas mencari Mohd Sujairi di sekitar rumah termasuk di biliknya, namun gagal.Keadaan itu memaksa Abdul Deraman menjengah di bahagian dapur sebelum melihat pintu dapur dalam keadaan terbuka manakala terdapat sepasang selipar mangsa di kawasan telaga.

Merasakan ada yang tidak kena, dia menjolok telaga berkenaan menggunakan sebatang buluh sebelum dapat mengesan mangsa.Dia terpaksa mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyedut keluar air telaga yang kemudian disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh. Hasilnya air telaga itu disedut keluar dan mereka menemui mayat Mohd Sujairi.

Menceritakan tragedi menimpa anaknya itu, ibu mangsa, Normah Ayob, 53, berkata ketika kejadian, dia bersama suaminya berada di rumah jiran untuk membantu persiapan majlis kenduri kahwin.Katanya, dia kemudian dimaklumkan kehilangan anaknya daripada suami selepas gagal mencari di sekitar rumah termasuk dalam bilik yang menjadi lokasi biasa anaknya berehat.

“Malam tadi (kelmarin), saya pergi membantu rumah sebelah (jiran), abah dia pun pergi sama. Bagaimanapun dia nampak tidak sihat pagi itu (semalam) dan dalam keadaan gelisah. “Bimbang keadaannya, suami pulang ke rumah dan gagal menemuinya sebelum memberitahu saya mengenai kehilangan arwah selain mendakwa menemui selipar berdekatan sebuah telaga,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Zahariman Awang berkata, lima anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus mendapat laporan mangsa jatuh ke dalam telaga.
 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 by Sejenak D'Husza.