| Utama | Post Baru | Kemaskini | Masuk | Keluar |

Friday, June 11, 2010

Gadai emas cari anak lari ikut pengkid

KAJANG: Hanya kerana mahu mencari anak gadisnya yang hilang dilarikan kekasih sejenis, sepasang suami isteri sanggup menjual semua harta dan barang kemas semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

PULANGLAH...Mimie lari dari rumah di Semporna, Sabah. Anak gadis pasangan terbabit melarikan diri dari rumah mereka di Semporna, Sabah, sejak 15 April lalu.Abdul Sarang Bangun, 42, dan isterinya, Norhayati Hambong, 43, yang berasal dari Kampung Sungai Gajah, Semporna, Sabah, sebelum itu gembira selepas diberitahu saudara terdekat anaknya, Marnie, 15, sudah ditemui dan berada di rumah bapa saudaranya di Batu 14, Hulu Langat di sini, pada 1 Jun lalu. Malangnya impian Abdul Sarang untuk menemui Marnie atau nama mesranya Mimie tidak kesampaian apabila remaja terbabit sekali lagi melarikan diri dari rumah bapa saudaranya itu.

Abdul Sarang berkata, harapannya untuk bertemu anak gadisnya hilang sejak lebih sebulan lalu berkecai selepas mengetahui anak gadisnya itu melarikan diri sekali lagi dari rumah adik iparnya, Ali Bais Hambong secara senyap-senyap kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.Menurutnya, dia amat sedih dan terkilan apabila gagal bertemu Mimie setibanya di Kuala Lumpur bersama isterinya, kelmarin.“Sebaik sahaja mendapat berita Mimie pulang ke rumah Ali Bais dan menyatakan persetujuan untuk pulang ke Semporna, saya tidak teragak-agak membeli tiket penerbangan datang ke Semenanjung untuk menjemputnya.
“Saya yang bekerja sebagai petani tidak berkemampuan, tetapi isteri sanggup menggadaikan semua barang kemasnya bagi mendapatkan wang membeli tiket penerbangan dan membiayai perbelanjaan selama berada di sini,” katanya ketika ditemui di rumah Ali Bais, petang semalam.Abdul Sarang membawa bersama seorang lagi adik iparnya dari Semporna iaitu Mohd Yasin Hambong untuk menemaninya memandangkan ini pertama kali dia menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke Semenanjung.

“Saya harap Mimie menghargai pengorbanan dan kasih sayang kami terhadapnya dengan kembali ke pangkuan keluarga. Kami tidak akan memarahinya asalkan dia pulang ke pangkuan keluarga.“Saya meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mimie menghubungi Abdul Sarang di talian 014-2045729 atau Ali Bais (012-3315249),” katanya.

5 comments:

L-E-E-Z-A said...

tulis je ape2 pun..sbb wlu apa yg hang tulis..aku tetap baca ;-)

husza said...

hahahhahahaha...thanks cik L-E-E-Z-A..eh silap Puan L-E-E-Z-A...

L-E-E-Z-A said...

ala..pggl CIK laaaaa..kekekekkekek

Husza said...

perasan nye....anak dah berderet. kui..kui..kui

L-E-E-Z-A said...

anak rambut yelah berderet..kekkekkeke

Post a Comment

 
Copyright 2010 by Sejenak D'Husza.