| Utama | Post Baru | Kemaskini | Masuk | Keluar |

Thursday, May 20, 2010

RoTi AiR PaNaS


Bahan-bahan :
Tepung Gandum
Air Panas (Yang Baru mendidih)
Sedikit Garam
Minyak Sapi

Cara-cara membuat :
1. Masukkan tepung dan garam ke dalam satu bekas, kemudian tuangkan air panas agak-agak tepung boleh diuli.
2. Apabila adunan dah sebati (macam adunan roti canai) letakkan minyak sapi.
3. Bentukkan adunan bulat2.Biarkan seketika.
4. Kemudian ambil satu doh dan penyek2kan macam roti canai.
5. Goreng di atas kuali yang tidak melekat tanpa minyak. Apabila roti agak dah garing, terbalikkan.
6. Bila kedua-dua belah sudah garing, letakkan sedikit minyak masak untuk menggaringkan lagi roti.
7. Setelah siap, boleh direnyuk macam roti canai dan di makan bersama sambal tumis.

* Resepi nie aku baru je dapat daripada seorang makcik yang aku kenal kat tempat aku nie... Selamat Mencuba.


Wednesday, May 19, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI



1 ) Header BEN ASHAARI BLOG
- Done

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss ...

Nama Samaran : Husza
Nama Blog : Sejenak Bersama Husza
Latar Belakang Blog : Blog saya nie biasanya saya penuhi dengan cerita-cerita mengenai diri saya dan kadang kala mengenai apa sahaja yang terlintas di fikiran. Saya juga memuatkan blog saya ini dengan beberapa koleksi resepi sebagai simpanan peribadi untuk rujukan bila-bila masa.
Tetapi saya sering kehilangan idea untuk menulis di dalam blog saya. Harap En. Ben sudi menjelajah ke blog saya di samping memberikan tips dan beberapa nasihat untuk saya terus berblog. Terima kasih En. Ben.

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini
- Melalui kawan saya dan sesi jelajah ke blog En Ben.


Saturday, May 15, 2010

Nak pergi ke tak nak pergi nie....

Baru-baru nie aku dapat sms dan email daripada Uitm. Dapat panggilan temuduga kat Uitm Shah Alam. Hati nie berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tak. Kalau pergi tak pasti lagi dapat ke tak kan... Itu semua nasib. Cik Abang suruh aku pergi, tapi dia kerja. Macam mana nak pergi. Dah la aku nie jarang turun Shah Alam... Boleh kira la berapa kali je....Ermmmm....


Wednesday, May 12, 2010

Hip...Hip...Horey.....

Syukur Alhamdulillah.... Akhirnya... Aku berjaya bebas dari belenggu yang selalu menghimpit perasaan ini.. Terasa lega sangat-sangat. Ku bersyukur padaMu Ya Allah... Amin...


Tuesday, May 11, 2010

Dilema Wanita

Ketika usia meningkat naik dari remaja ke dewasa, bagi anak gadis mesti soalan ini yang akan keluar dari mulut insan-insan yang di temui "Bila nak kahwin?" "Dah ada boyfriend ke?" "Bila nak bertunang?". Dan macam-macam lagi soalan cepu emas. Tapi bila dah berumah tangga, masih ada lagi soalan-soalan cepu emas yang sentiasa keluar dari mulut-mulut insan sekeliling. Antara soalan-soalan keramat tu : "Bila nak ada anak?" "Hai berdua je ke? Bila plak nak bertiga?" dan macam-macam soalan-soalan yang agak bonus jugak la.

Kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Mulut orang akan sentiasa berkata-kata. Tanpa memikirkan soalan yang diajukan sensitif atau pun tidak. Bagi pasangan yang telah lama berumah tangga tapi belum dikurniakan anak, soalan sebegitu kadang kala boleh menyebabkan pergaduhan. Bagi insan-insan yang memahami mungkin soalan itu tak akan keluar dari mulut mereka demi menjaga perasaan insan yang di dalam dilema itu.

Bagi pihak keluarga pula ada yang memahami dan ada sesetengah yang tidak memahami. Lumrah hidup kan.... Terimalah seadanya. Just ignore bila soalan-soalan cepu emas tu diajukan. Smile and hope mereka doakan untuk kita. Tak guna nak marah-marah.... Buat sakit hati and tambah musuh plak. Bak kata pepatah : "Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari". Apabila diri dicaci, ucapkanlah Alhamdulillah.... Allah sentiasa bersama dan ini semua sebahagian daripada ujianNya untuk hambaNya.

Soalan-soalan itu tak akan pernah habis walaupun sampai kita meninggal dunia. Lepas satu, satu lagi soalan akan diajukan. Apa pun, syukur alhamdulillah kerana masih diizinkan bernafas di bumi yang fana ini. Yang terbaik adalah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka. Amin....

ChoCoLatE CupCakeS

Bahan-bahan :
2 Cawan Gula Kastor
1 3/4 Cawan Tepung Gandum (Diayak)
3/4 Cawan Serbuk Koko (Diayak)
1 Setengah Sudu Teh Serbuk Penaik (Diayak)
1 Setengah Sudu Teh Soda Bikarbonat (Diayak)
1 Sudu Teh Garam
2 Biji Telur
1 Cawan Susu Segar
1/2 Cawan Minyak Masak
2 Sudu Teh Esen Vanila
1 Cawan Air Panas

Cara-cara Membuat :
1. Panaskan ketuhar pada 350 Darjah Celcius.
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh.
3. Masukkan bahan-bahan diayak dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
4. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanila. Pukul biar semuanya sebati.
5. Tuangkan bahan2 yang dipukul tadi ke dalam mangkuk adunan tepung dan pukul dengan kelajuan sederhana.
6. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau hingga sebati.
7. Tuangkan ke dalam acuan cupcakes kertas dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan sejuk dan hiaslah mengikut kretiviti.

Sunday, May 09, 2010

Kek PisaNG

Bahan-bahan :
2 Cawan Tepung Naik Sendiri
3/4 Cawan Gula Pasir
2 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Soda Bikarbonat
1 Setengah Cawan Pisang Emas (Dilenyek)
1/2 Cawan Minyak masak
Sedikit Esen Pisang

Cara-cara Membuat :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan pisang dan esen.
3. Masukkan minyak.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan soda.
5. Bakar atau kukus sehingga masak.

Cemburu...


Cemburu tanda sayang... Betul ke? Bagaimana pulak dengan cemburu buta? Adakah cemburu itu yang buta or orang tu yang buta sebab cemburu? Entah la... Mane-mane pun boleh. Kadang kala perasaan cemburu tu perlu dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi yang telah melayari kehidupan berumah tangga.


Ada sesetengah suami atau isteri suka melihat pasangan mereka cemburu. Itu menandakan pasangan mereka masih menyayangi dan masih memerlukan mereka dalam hidupnya. Tapi ada juga pasangan yang sampai bergaduh dan berpisah kerana cemburu. Subhanallah... Minta dijauhkan. Sebenarnya walau setebal mana perasaan cemburu dalam diri seseorang itu, perlu ada cara yang betul untuk selesaikan masalah. Bukan dengan cara melulu atau tanpa berfikir panjang. Akhirnya menyesal...


BisKuT AlmOnD LoNdOn

Bahan-bahan :
125gm Butter/mentega
1 Biji Kuning Telur
1 per 3 Gula Halus
Setengah Penutup Esen Vanila
2 Cawan Tepung Naik Sendiri
Badam (Dibakar)
Coklat Masakan
Coklat Rice
Cawan Kertas (saiz kecil)

Cara-cara Membuat :
1. Pukul butter dan gula halus sampai kembang atau ringan.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada mangkuk adunan.
4. Selepas itu, bentukkan adunan bulat-bulat dan masukkan badam di tengah-tengah. Dan letakkan di atas dulang pembakar. Buat sehingga adunan habis.
5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
6. Biarkan biskut sejuk seketika.
7. Panaskan coklat di atas air panas untuk cairkannya. Apabila coklat sudah cair, masukkan sedikit minyak untuk bagi coklat tidak terlalu pekat.
8. Kemudian masukkan biskut yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan letak di atas cawan kertas dan hiaskan dengan badam hiris atau coklat rice berwarna-warni. Ikut kreativiti anda.

* Ni Biskut favourite my husband. Tiap2 tahun wajib buat. Sedap ke tak hanya yang dah merasa je yang tahu. Hehheheehehe....jgn marah ye.

BisKuT CokLat CiP

Bahan-bahan :
250gm Tepung Gandum
150gm Mentega
200gm Coklat Cip
150gm Gula Perang
150gm Gula Pasir
100gm Kacang Badam (Dihiris)
2 Biji Telur
1 Sudu Teh Serbuk Penaik

Cara-cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula perang hingga gula larut.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dalam adunan bersama serbuk penaik, coklat cip dan kacang badam. Kacau hingga rata.
4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam dulang pembakar.
5. Taburkan dengan coklat cip dan tekan sedikit supaya coklat cip tadi melekat.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

Hanya Suspek Je...

Alhamdulillah... Qayyum dah keluar wad pagi tadi pukul 11 pagi. Nasib baik doktor hanya suspek je. Hope Qayyum cepat sembuh daripada demam and ibu dia tak risau lagi...

Saturday, May 08, 2010

Kek LemBab

Bahan A : (Diayak- Kecuali Gula Pasir)
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Serbuk Koko
2 Cawan Gula Pasir
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Bikarbonat Soda

Bahan B : (Dipukul)
2 Biji Telur
1 Penutup Esen Vanila

Bahan C :
1 Setengah Cawan Air Panas Suam
1 Cawan Minyak Masak
1 Sudu Teh Garam
1 Cawan Susu Cair / Pekat

Cara-cara Membuat :
1. Campurkan Bahan A ke dalam satu bekas.
2. Campurkan Bahan B Ke dalam satu bekas yang lain.
3. Kemudian campurkan Bahan B dan C. Pukul sekejap.
4. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke dalam Bahan campuran B dan C.
5. Selepas itu masukkan ke dalam bekas acuan dan kukus di dalam periuk kukus selama 1 jam.
6. Apabila sudah masak, hiaslah mengikut kreativiti sendiri.

* Kek Lembab boleh juga di bakar di dalam ketuhar. Suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Aduhai Qayyum......

Pukul 5 petang tadi aku terima mesej daripada adik aku yang tinggal di Senawang, Negeri Sembilan. Anak adik aku, Qayyum kena tahan wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana suspek penyakit kaki, tangan dan mulut... Kesiannye Qayyum... Patut la asyik meragam, sebab badan tak sihat. Harap2 tak ada apa2 la...

Mula2 adik aku ingat anaknya terkena cacar air @ demam campak... Tapi bila check up, doktor suspek penyakit lain pulak.. Semoga adik aku sabar dan tabah menghadapi dugaan ini... Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya. Moga Qayyum cepat sembuh dan boleh bermain seperti selalu.... Amin..

Selamat Hari Ibu


Hari Ibu merupakan satu pengiktirafan yang paling bermakna daripada anak-anak kepada seorang insan yang bergelar IBU. Ada juga segelintir anak-anak yang memanggil ibu mereka dengan panggilan EMAK, MAMA, UMMI, MA, AMMA, BONDA dan lain2 gelaran yang istimewa untuk Ibu tersayang.

Walau apa pun gelaran untuk insan teristimewa....jasa mu tak mungkin dapatku balas sehingga ke akhir hayatku. "Selamat Hari Ibu" khas buat arwah emak Azizah Binti Subarie dan tak lupa juga buat emak mertuaku Nor Rizan Binti Ramli. Ucapan ini juga khas aku tujukan buat kakakku, kakak ipar, adikku dan kawan2 yang telah bergelar Ibu. Bagi mereka yang bakal bergelar Ibu, selamat menjadi Ibu yang terbaik. Dan kepada mereka yang sudah berkahwin tapi masih belum bergelar Ibu, bersabarlah...InsyaAllah detik itu akan tiba suatu hari nanti. Allah sayangkan kita semua... Amin...

Oh ya..di kesempatan ini aku juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" khas buat semua IBU-IBU di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia...

Friday, May 07, 2010

Hai....Rindunya...

Dah lama aku x update blog nie... Dah serabut. Ntah la...ikut mood kan... Kalau rajin, aku update la... Tapi kalau malas dah menguasai diri...minta maaf la. Memang tak boleh buat apa... Lagipun aku dah kekeringan idea nak tulis dalam blog nie... Nasib baik la ada insan yang tak pernah jemu bagi semangat untuk aku terus "berkarya" dalam blog nie.. Berkarya ke merapu... Lantak la yang penting aku tulis je apa yang aku suka kan..

 
Copyright 2010 by Sejenak D'Husza.