| Utama | Post Baru | Kemaskini | Masuk | Keluar |

Thursday, June 24, 2010

Pengalaman Terindah...

Sesungguhnya pengalaman ini cukup manis dan indah buat aku dan cik abang. Kehadiran insan baru dalam hidup kami memberikan sinar baru yang cukup istimewa. Pengalaman berjaga sampai lewat pagi memang kadang2 meletihkan..tapi hakikatnya semua itu terbalas bila melihat keletah si comel. Cik abang pun teramat seronok melayan keletah di comel.

Jika dulu cik abang bila balik dari kerja terus duduk depan komputer dan layan facebook. Tapi sekarang dia lebih rela layan si comel. Mungkin itulah perubahan ketara seorang insan bergelar lelaki apabila sudah menjadi abah. Alhamdulillah.... Semoga kebahagiaan ini berkekalan.Amin...


Monday, June 14, 2010

Akhirnya


Alhamdulillah...akhirnya saat-saat yang aku nantikan muncul juga. Syukur alhamdulillah.. Moga ada sinar dalam kehidupan kami. Amin..

Saturday, June 12, 2010

Rina's Stories Contest


Sebenarnya kebetulan terjumpa contest nie masa tengah blogwalking. Tengok contest nie macam menarik. So saya pun join la..sambil-sambil untuk mengeratkan siratulrahim antara kawan-kawan blog.


rinastories
rinawardrobe

Jasad anak dalam perigi

KOTA BHARU: Penemuan sepasang selipar berhampiran sebuah telaga di belakang rumah memberi petunjuk kepada seorang bapa untuk menemui jasad anak keempatnya yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Membatu, Ketereh, semalam.

Kejadian jam 11 pagi itu disedari Abdul Deraman Mohamed, 59, selepas gagal mengesan anaknya, Mohd Sujairi, 27, yang sebelum itu kali terakhir dilihat di rumah bersama dua lagi anaknya sebelum dia ke rumah jiran yang mengadakan majlis kenduri kahwin.Sejurus selesai membantu jirannya, Abdul Deraman menjengah anaknya kerana tidak sedap hati dengan keadaan pemuda itu yang sebelum ini mengadu tidak sihat.

Disebabkan anaknya itu mengalami masalah tekanan perasaan dan bergantung kepada ubat, bapa kepada tujuh anak itu bergegas mencari Mohd Sujairi di sekitar rumah termasuk di biliknya, namun gagal.Keadaan itu memaksa Abdul Deraman menjengah di bahagian dapur sebelum melihat pintu dapur dalam keadaan terbuka manakala terdapat sepasang selipar mangsa di kawasan telaga.

Merasakan ada yang tidak kena, dia menjolok telaga berkenaan menggunakan sebatang buluh sebelum dapat mengesan mangsa.Dia terpaksa mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyedut keluar air telaga yang kemudian disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh. Hasilnya air telaga itu disedut keluar dan mereka menemui mayat Mohd Sujairi.

Menceritakan tragedi menimpa anaknya itu, ibu mangsa, Normah Ayob, 53, berkata ketika kejadian, dia bersama suaminya berada di rumah jiran untuk membantu persiapan majlis kenduri kahwin.Katanya, dia kemudian dimaklumkan kehilangan anaknya daripada suami selepas gagal mencari di sekitar rumah termasuk dalam bilik yang menjadi lokasi biasa anaknya berehat.

“Malam tadi (kelmarin), saya pergi membantu rumah sebelah (jiran), abah dia pun pergi sama. Bagaimanapun dia nampak tidak sihat pagi itu (semalam) dan dalam keadaan gelisah. “Bimbang keadaannya, suami pulang ke rumah dan gagal menemuinya sebelum memberitahu saya mengenai kehilangan arwah selain mendakwa menemui selipar berdekatan sebuah telaga,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Zahariman Awang berkata, lima anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus mendapat laporan mangsa jatuh ke dalam telaga.
 

Bola Oh Bola



Pagi tadi demam bola Piala Dunia muncul lagi... Para suami or insan yang bergelar lelaki pasti seronok kerana saat2 ini amat2 mereka nantikan. Maklum la 4 tahun sekali kan.. Cik abang pun terlibat sama la...Berjaga sampai pagi. Last2 tv tu terpasang sampai pagi...ermmm....bagi para2 isteri harap2 banyak bersabar ye. Melihat ragam para suami di musim bola nie. Bagi isteri yang memahami alhamdulillah...tp bagi yang tak boleh terima situasi nie...harap bersabar.

Friday, June 11, 2010

Gadai emas cari anak lari ikut pengkid

KAJANG: Hanya kerana mahu mencari anak gadisnya yang hilang dilarikan kekasih sejenis, sepasang suami isteri sanggup menjual semua harta dan barang kemas semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

PULANGLAH...Mimie lari dari rumah di Semporna, Sabah. Anak gadis pasangan terbabit melarikan diri dari rumah mereka di Semporna, Sabah, sejak 15 April lalu.Abdul Sarang Bangun, 42, dan isterinya, Norhayati Hambong, 43, yang berasal dari Kampung Sungai Gajah, Semporna, Sabah, sebelum itu gembira selepas diberitahu saudara terdekat anaknya, Marnie, 15, sudah ditemui dan berada di rumah bapa saudaranya di Batu 14, Hulu Langat di sini, pada 1 Jun lalu. Malangnya impian Abdul Sarang untuk menemui Marnie atau nama mesranya Mimie tidak kesampaian apabila remaja terbabit sekali lagi melarikan diri dari rumah bapa saudaranya itu.

Abdul Sarang berkata, harapannya untuk bertemu anak gadisnya hilang sejak lebih sebulan lalu berkecai selepas mengetahui anak gadisnya itu melarikan diri sekali lagi dari rumah adik iparnya, Ali Bais Hambong secara senyap-senyap kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.Menurutnya, dia amat sedih dan terkilan apabila gagal bertemu Mimie setibanya di Kuala Lumpur bersama isterinya, kelmarin.“Sebaik sahaja mendapat berita Mimie pulang ke rumah Ali Bais dan menyatakan persetujuan untuk pulang ke Semporna, saya tidak teragak-agak membeli tiket penerbangan datang ke Semenanjung untuk menjemputnya.
“Saya yang bekerja sebagai petani tidak berkemampuan, tetapi isteri sanggup menggadaikan semua barang kemasnya bagi mendapatkan wang membeli tiket penerbangan dan membiayai perbelanjaan selama berada di sini,” katanya ketika ditemui di rumah Ali Bais, petang semalam.Abdul Sarang membawa bersama seorang lagi adik iparnya dari Semporna iaitu Mohd Yasin Hambong untuk menemaninya memandangkan ini pertama kali dia menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke Semenanjung.

“Saya harap Mimie menghargai pengorbanan dan kasih sayang kami terhadapnya dengan kembali ke pangkuan keluarga. Kami tidak akan memarahinya asalkan dia pulang ke pangkuan keluarga.“Saya meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mimie menghubungi Abdul Sarang di talian 014-2045729 atau Ali Bais (012-3315249),” katanya.

Macam mana ye...

Bila melawat blog orang lain semua cantik2 and banyak entri. Tapi aku tak tau nak tulis apa dalam blog nie. Mati idea nak berblog. Ingat nak cari ilham ke nak try lihat apa2 yang boleh disumbatkan dalam blog nie. Ada sebarang cadangan.... Maklum la aku nie memang payah sikit nak tulis entri baru kalau takde idea...

Merajuk or biarkan je....


Apa yang korang akan buat bila korang ada masalah? Selesaikan or buat tak tahu je... Kalau aku layan nanti tension. Baik buat tak tahu je la... Malas nak serabutkan kepala nie....

Wednesday, June 02, 2010

Lamanya Tak Update Blog


Hai all...sorry dah lama tak update blog nie. Al-maklum la..agak sibuk n baru balik dari kampung suami di Perak. Ramainya umat sampai jem kat highway. Nak masuk tandas pun kena beratur. Nak beli makanan apa lagi...meja x cukup. Last2 cakap kat cik abang, "kita bungkus je la..". Pastu kami makan tepi jalan...Sedih jer..


Thursday, May 20, 2010

RoTi AiR PaNaS


Bahan-bahan :
Tepung Gandum
Air Panas (Yang Baru mendidih)
Sedikit Garam
Minyak Sapi

Cara-cara membuat :
1. Masukkan tepung dan garam ke dalam satu bekas, kemudian tuangkan air panas agak-agak tepung boleh diuli.
2. Apabila adunan dah sebati (macam adunan roti canai) letakkan minyak sapi.
3. Bentukkan adunan bulat2.Biarkan seketika.
4. Kemudian ambil satu doh dan penyek2kan macam roti canai.
5. Goreng di atas kuali yang tidak melekat tanpa minyak. Apabila roti agak dah garing, terbalikkan.
6. Bila kedua-dua belah sudah garing, letakkan sedikit minyak masak untuk menggaringkan lagi roti.
7. Setelah siap, boleh direnyuk macam roti canai dan di makan bersama sambal tumis.

* Resepi nie aku baru je dapat daripada seorang makcik yang aku kenal kat tempat aku nie... Selamat Mencuba.


Wednesday, May 19, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI



1 ) Header BEN ASHAARI BLOG
- Done

2) Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda .. Lagi panjang lagi bagusssss ...

Nama Samaran : Husza
Nama Blog : Sejenak Bersama Husza
Latar Belakang Blog : Blog saya nie biasanya saya penuhi dengan cerita-cerita mengenai diri saya dan kadang kala mengenai apa sahaja yang terlintas di fikiran. Saya juga memuatkan blog saya ini dengan beberapa koleksi resepi sebagai simpanan peribadi untuk rujukan bila-bila masa.
Tetapi saya sering kehilangan idea untuk menulis di dalam blog saya. Harap En. Ben sudi menjelajah ke blog saya di samping memberikan tips dan beberapa nasihat untuk saya terus berblog. Terima kasih En. Ben.

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini
- Melalui kawan saya dan sesi jelajah ke blog En Ben.


Saturday, May 15, 2010

Nak pergi ke tak nak pergi nie....

Baru-baru nie aku dapat sms dan email daripada Uitm. Dapat panggilan temuduga kat Uitm Shah Alam. Hati nie berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tak. Kalau pergi tak pasti lagi dapat ke tak kan... Itu semua nasib. Cik Abang suruh aku pergi, tapi dia kerja. Macam mana nak pergi. Dah la aku nie jarang turun Shah Alam... Boleh kira la berapa kali je....Ermmmm....


Wednesday, May 12, 2010

Hip...Hip...Horey.....

Syukur Alhamdulillah.... Akhirnya... Aku berjaya bebas dari belenggu yang selalu menghimpit perasaan ini.. Terasa lega sangat-sangat. Ku bersyukur padaMu Ya Allah... Amin...


Tuesday, May 11, 2010

Dilema Wanita

Ketika usia meningkat naik dari remaja ke dewasa, bagi anak gadis mesti soalan ini yang akan keluar dari mulut insan-insan yang di temui "Bila nak kahwin?" "Dah ada boyfriend ke?" "Bila nak bertunang?". Dan macam-macam lagi soalan cepu emas. Tapi bila dah berumah tangga, masih ada lagi soalan-soalan cepu emas yang sentiasa keluar dari mulut-mulut insan sekeliling. Antara soalan-soalan keramat tu : "Bila nak ada anak?" "Hai berdua je ke? Bila plak nak bertiga?" dan macam-macam soalan-soalan yang agak bonus jugak la.

Kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Mulut orang akan sentiasa berkata-kata. Tanpa memikirkan soalan yang diajukan sensitif atau pun tidak. Bagi pasangan yang telah lama berumah tangga tapi belum dikurniakan anak, soalan sebegitu kadang kala boleh menyebabkan pergaduhan. Bagi insan-insan yang memahami mungkin soalan itu tak akan keluar dari mulut mereka demi menjaga perasaan insan yang di dalam dilema itu.

Bagi pihak keluarga pula ada yang memahami dan ada sesetengah yang tidak memahami. Lumrah hidup kan.... Terimalah seadanya. Just ignore bila soalan-soalan cepu emas tu diajukan. Smile and hope mereka doakan untuk kita. Tak guna nak marah-marah.... Buat sakit hati and tambah musuh plak. Bak kata pepatah : "Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari". Apabila diri dicaci, ucapkanlah Alhamdulillah.... Allah sentiasa bersama dan ini semua sebahagian daripada ujianNya untuk hambaNya.

Soalan-soalan itu tak akan pernah habis walaupun sampai kita meninggal dunia. Lepas satu, satu lagi soalan akan diajukan. Apa pun, syukur alhamdulillah kerana masih diizinkan bernafas di bumi yang fana ini. Yang terbaik adalah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka. Amin....

ChoCoLatE CupCakeS

Bahan-bahan :
2 Cawan Gula Kastor
1 3/4 Cawan Tepung Gandum (Diayak)
3/4 Cawan Serbuk Koko (Diayak)
1 Setengah Sudu Teh Serbuk Penaik (Diayak)
1 Setengah Sudu Teh Soda Bikarbonat (Diayak)
1 Sudu Teh Garam
2 Biji Telur
1 Cawan Susu Segar
1/2 Cawan Minyak Masak
2 Sudu Teh Esen Vanila
1 Cawan Air Panas

Cara-cara Membuat :
1. Panaskan ketuhar pada 350 Darjah Celcius.
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh.
3. Masukkan bahan-bahan diayak dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
4. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanila. Pukul biar semuanya sebati.
5. Tuangkan bahan2 yang dipukul tadi ke dalam mangkuk adunan tepung dan pukul dengan kelajuan sederhana.
6. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau hingga sebati.
7. Tuangkan ke dalam acuan cupcakes kertas dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
8. Biarkan sejuk dan hiaslah mengikut kretiviti.

Sunday, May 09, 2010

Kek PisaNG

Bahan-bahan :
2 Cawan Tepung Naik Sendiri
3/4 Cawan Gula Pasir
2 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Soda Bikarbonat
1 Setengah Cawan Pisang Emas (Dilenyek)
1/2 Cawan Minyak masak
Sedikit Esen Pisang

Cara-cara Membuat :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan pisang dan esen.
3. Masukkan minyak.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan soda.
5. Bakar atau kukus sehingga masak.

Cemburu...


Cemburu tanda sayang... Betul ke? Bagaimana pulak dengan cemburu buta? Adakah cemburu itu yang buta or orang tu yang buta sebab cemburu? Entah la... Mane-mane pun boleh. Kadang kala perasaan cemburu tu perlu dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi yang telah melayari kehidupan berumah tangga.


Ada sesetengah suami atau isteri suka melihat pasangan mereka cemburu. Itu menandakan pasangan mereka masih menyayangi dan masih memerlukan mereka dalam hidupnya. Tapi ada juga pasangan yang sampai bergaduh dan berpisah kerana cemburu. Subhanallah... Minta dijauhkan. Sebenarnya walau setebal mana perasaan cemburu dalam diri seseorang itu, perlu ada cara yang betul untuk selesaikan masalah. Bukan dengan cara melulu atau tanpa berfikir panjang. Akhirnya menyesal...


BisKuT AlmOnD LoNdOn

Bahan-bahan :
125gm Butter/mentega
1 Biji Kuning Telur
1 per 3 Gula Halus
Setengah Penutup Esen Vanila
2 Cawan Tepung Naik Sendiri
Badam (Dibakar)
Coklat Masakan
Coklat Rice
Cawan Kertas (saiz kecil)

Cara-cara Membuat :
1. Pukul butter dan gula halus sampai kembang atau ringan.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada mangkuk adunan.
4. Selepas itu, bentukkan adunan bulat-bulat dan masukkan badam di tengah-tengah. Dan letakkan di atas dulang pembakar. Buat sehingga adunan habis.
5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
6. Biarkan biskut sejuk seketika.
7. Panaskan coklat di atas air panas untuk cairkannya. Apabila coklat sudah cair, masukkan sedikit minyak untuk bagi coklat tidak terlalu pekat.
8. Kemudian masukkan biskut yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan letak di atas cawan kertas dan hiaskan dengan badam hiris atau coklat rice berwarna-warni. Ikut kreativiti anda.

* Ni Biskut favourite my husband. Tiap2 tahun wajib buat. Sedap ke tak hanya yang dah merasa je yang tahu. Hehheheehehe....jgn marah ye.

BisKuT CokLat CiP

Bahan-bahan :
250gm Tepung Gandum
150gm Mentega
200gm Coklat Cip
150gm Gula Perang
150gm Gula Pasir
100gm Kacang Badam (Dihiris)
2 Biji Telur
1 Sudu Teh Serbuk Penaik

Cara-cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula perang hingga gula larut.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dalam adunan bersama serbuk penaik, coklat cip dan kacang badam. Kacau hingga rata.
4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam dulang pembakar.
5. Taburkan dengan coklat cip dan tekan sedikit supaya coklat cip tadi melekat.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

Hanya Suspek Je...

Alhamdulillah... Qayyum dah keluar wad pagi tadi pukul 11 pagi. Nasib baik doktor hanya suspek je. Hope Qayyum cepat sembuh daripada demam and ibu dia tak risau lagi...

Saturday, May 08, 2010

Kek LemBab

Bahan A : (Diayak- Kecuali Gula Pasir)
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Serbuk Koko
2 Cawan Gula Pasir
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Bikarbonat Soda

Bahan B : (Dipukul)
2 Biji Telur
1 Penutup Esen Vanila

Bahan C :
1 Setengah Cawan Air Panas Suam
1 Cawan Minyak Masak
1 Sudu Teh Garam
1 Cawan Susu Cair / Pekat

Cara-cara Membuat :
1. Campurkan Bahan A ke dalam satu bekas.
2. Campurkan Bahan B Ke dalam satu bekas yang lain.
3. Kemudian campurkan Bahan B dan C. Pukul sekejap.
4. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke dalam Bahan campuran B dan C.
5. Selepas itu masukkan ke dalam bekas acuan dan kukus di dalam periuk kukus selama 1 jam.
6. Apabila sudah masak, hiaslah mengikut kreativiti sendiri.

* Kek Lembab boleh juga di bakar di dalam ketuhar. Suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Aduhai Qayyum......

Pukul 5 petang tadi aku terima mesej daripada adik aku yang tinggal di Senawang, Negeri Sembilan. Anak adik aku, Qayyum kena tahan wad di Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana suspek penyakit kaki, tangan dan mulut... Kesiannye Qayyum... Patut la asyik meragam, sebab badan tak sihat. Harap2 tak ada apa2 la...

Mula2 adik aku ingat anaknya terkena cacar air @ demam campak... Tapi bila check up, doktor suspek penyakit lain pulak.. Semoga adik aku sabar dan tabah menghadapi dugaan ini... Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya. Moga Qayyum cepat sembuh dan boleh bermain seperti selalu.... Amin..

Selamat Hari Ibu


Hari Ibu merupakan satu pengiktirafan yang paling bermakna daripada anak-anak kepada seorang insan yang bergelar IBU. Ada juga segelintir anak-anak yang memanggil ibu mereka dengan panggilan EMAK, MAMA, UMMI, MA, AMMA, BONDA dan lain2 gelaran yang istimewa untuk Ibu tersayang.

Walau apa pun gelaran untuk insan teristimewa....jasa mu tak mungkin dapatku balas sehingga ke akhir hayatku. "Selamat Hari Ibu" khas buat arwah emak Azizah Binti Subarie dan tak lupa juga buat emak mertuaku Nor Rizan Binti Ramli. Ucapan ini juga khas aku tujukan buat kakakku, kakak ipar, adikku dan kawan2 yang telah bergelar Ibu. Bagi mereka yang bakal bergelar Ibu, selamat menjadi Ibu yang terbaik. Dan kepada mereka yang sudah berkahwin tapi masih belum bergelar Ibu, bersabarlah...InsyaAllah detik itu akan tiba suatu hari nanti. Allah sayangkan kita semua... Amin...

Oh ya..di kesempatan ini aku juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" khas buat semua IBU-IBU di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia...

Friday, May 07, 2010

Hai....Rindunya...

Dah lama aku x update blog nie... Dah serabut. Ntah la...ikut mood kan... Kalau rajin, aku update la... Tapi kalau malas dah menguasai diri...minta maaf la. Memang tak boleh buat apa... Lagipun aku dah kekeringan idea nak tulis dalam blog nie... Nasib baik la ada insan yang tak pernah jemu bagi semangat untuk aku terus "berkarya" dalam blog nie.. Berkarya ke merapu... Lantak la yang penting aku tulis je apa yang aku suka kan..

 
Copyright 2010 by Sejenak D'Husza.