| Utama | Post Baru | Kemaskini | Masuk | Keluar |

Wednesday, September 16, 2009

:: Balik Kampung ::


Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum balik kampung ialah packing barang2. Semua keperluan perlu ada sepanjang berada di kampung. Tahun ni aku akan beraya di Perak, kampung suami. Tahun lepas giliran aku, so bergilir-gilir la... Kesefahaman penting demi kesejahteraan rumah tangga. Selamat jalan & selamat kembali kepada semua yang akan pulang ke kampung masing2. Berhati2 di jalan raya... Ingatlah insan2 tersayang.

Tuesday, September 15, 2009

:: Selamat Hari Raya ::


Hari Raya sekarang tak semeriah zaman aku kecik-kecik dulu... Budak-budak sekarang lebih gemar duduk di rumah tengok tv dari mengumpul duit raya.... Kemeriahan hari raya semakin hari semakin pudar... Banyak yang dah berubah...Tradisi zaman berzaman semakin di telan zaman. Ada juga segelintir yang sambut raya di luar negara... Sambut di restoran-restoran makanan ringan... Bagaimana kita nak wariskan pada anak-anak pada zaman akan datang..

:: Macam-Macam Aznil ::

Ni salah satu rancangan favourite aku... Enjoy bila tengok program nie... Relaks n tenang je... Kalau sedih2 pun boleh tergelak tengok ragam2 diorang. Bila tengok ragam anak-anak kecil terhibur la jugak... Walaupun astro memang suka ulang2 program yang sama, aku tetap enjoy. Layannnnn.....

:: Hipokrit ::


Manusia berbagai-bagai jenis & ragam... Ada segelintir yang mudah mengakui kesilapan diri. Tapi ada juga segelintir yang payah nak mengaku....takut air muka jatuh or ego yang melampau-lampau... Ntah la... Semakin aku kenal ramai orang, semakin banyak ragam yang aku jumpa..
 
Copyright 2010 by Sejenak D'Husza.